FAQ

Berikut merupakan soalan dan jawapan lazim yang kerap ditanya oleh pelanggan Camay Repellent.

S1 : Kena spray tiap-tiap hari ke?

J1 : Tidak perlu spray setiap hari, cukup untuk sekali semburan dua minggu sekali.

S2 : Kalau kena makanan atau anak kecil bahaya tak?

J2 : Tidak berbahaya jika terkena pada makanan atau anak kecil kerana dihasilkan daripada bahan-bahan organik, akan tetapi seeloknya dielakkan daripada terkena makanan atau anak kecil.

S3. Budak g6pd boleh guna tak?

J3 : Sebaik-baiknya dielakkan kerana kesan setiap manusia adalah berbeza.

S4. Kalau tersembur kepada makanan. Makanan tu boleh makan lagi tak?

J4. Makanan itu masih boleh dimakan. Akan tetapi sebaik-baiknya elakkan daripada terkena semburan atau jika terkenapun basuhlah kembali makanan tersebut.

S5. Nak sembur ke laluan binatang tu atau kena direct sembur ke binatang baru mati ?

J5. Hanya sembur pada laluan dan sarang serangga sudah memadai. Boleh juga terus sembur kepada serangga jika ia kelihatan.

S6. Telur kutu mati tak?

J6. Telur kutu akan terencat perkembangannya dan mengecut mati.

S7. Untuk penyakit kulit lepas kena gigit pepijat boleh guna tak?

J7. Tidak sesuai untuk digunakan pada kulit manusia kerana kulit manusia adalah berbeza-beza sifat dan imunnya. Sebaik-baiknya dielakkan.

S8. Bayi saya bawah setahun, boleh spray camay ke?

J8. Sebaik-baiknya elakkan disembur atau digunakan pada bayi.

S9. Guna untuk rambut, dia akan jadi rosak tak?

J9. Rambut tidak akan menjadi rosak. Cuma elakkan daripada terkena mata semasa semburan kerana semburan tersebut mempunyai kesan pedas.

S10. Lepas spray camay atas tilam, boleh terus tidur ke? Kena jemur tilam dulu tak?

J10. Tidak perlu jemur, boleh terus tidur di atas tilam tersebut. Sebaik-baiknya diletakkan pelapik bagi mengelakkan terkena kulit.

S11. 100ml boleh sembur kutu untuk berapa kepala ye?

J11. Bergantung kepada penggunaan, kebiasannya 100ml boleh digunakan kepada 5 orang yang mempunyai masalah kutu.

S12. Spray ni tahan berapa lama kalau guna?

J12. Spray ini boleh bertahan sehingga setahun.

S13. Ada expired date tak?

J13. Jangka hayat spray adalah selama setahun.

S14. Boleh simpan dalam kereta ke? Meletup tak?

J14. Boleh disimpan didalam kereta dan tidak meletup.

S15. 1 botol kecil/besar tu boleh guna berapa lama?

J15. Ia bergantung kepada masalah yang dihadapi, jika besar kawasan serangga yang menyerang atau menganggu maka memerlukan penggunaan yang lebih kerap.