Kegunaan

KEGUNAAN SPRAY CAMAY REPELLENT

Spray Serangga Camay Repellent ini dihasilkan daripada bahan-bahan semulajadi sepenuhnya, dicampur dan dibancuh secara alami untuk menghapuskan semua jenis serangga yang mengganggu.

Ianya bukanlah racun tetapi merupakan sejenis spray organik yang berupaya untuk membasmi dan menghapuskan serangga secara semulajadi.

Antara serangga yang boleh dihapuskan termasuklah semut, lipas, anai-anai, nyamuk, lipan, pepijat, pepatung, belalang, cengkerik, kekatu, riang-riang, bena perang, lelompat daun, afid, kesing, pianggang, kala jengking, kelip-kelip, kumbang, mentadak, angkut-angkut, lebah, tebuan kayu,teminyat, kupu-kupu, rama-rama dan lain-lain jenis keluarga serangga.

Semburan ini tidak berbahaya kepada kanak-kanak dan juga makanan kita. Jika terkena sedikit pada makanan, maka makanan tersebut masih boleh di makan dan ia tidak memudaratkan. Cuma pastikan semburannya tidak mengenai mata kerana ia agak pedih.

Hindarkan binatang peliharaan anda seperti kucing dan anjing dari menjilat semburan spray ini, jika ini berlaku ia boleh mengakibatkan haiawan peliharaan anda tersebut akan sakit perut.

Dengan sekali spray sahaja, semburan ini tahan berminggu-minggu lamanya. Sekiranya terdapat serangga yang datang selepas beberapa minggu maka semburan ini masih lagi berkesan membunuh serangga tersebut.

 

MANFAAT LAIN

  1. Sesuai untuk tanaman yang diserang serangga atau ulat yang memakan daun. Semburkan di sekitar daun atau batang pokok. Semburan ini tidak akan mematikan pokok. Anda akan dapat melihat pokok anda akan tumbuh lebih subur selepas disembur menggunakan spray ini.
  2. Sesuai untuk haiwan peliharaan yang dipenuhi kutu pada badannya. Mandikan dahulu haiwan tersebut. Spray pada badannya dan ratakan, pastikan tidak terkena mata. Selepas beberapa ketika bilas semula dengan air. Ketika inilah kutu-kutu tersebut akan jatuh keluar.
  3. Sangat sesuai untuk membasmi pepijat serta hama yang berada diatas tilam, katil kusyen, bantal sehingga serangga tersebut menyebabkan keradangan pada kulit. Semburkan sahaja pada tempat-tempat tersebut dan tidur dan duduklah dengan selesa di atas semburan tersebut kerana ia akan terus meresap kedalam span. Tiada rasa kelekitan sedikitpun.
  4. Sesuai untuk menghapuskan segala lipas yang bermaharaja di dalam kereta. Semburkan pada bawah kusyen dan lantai kereta. Tengoklah keesokkan harinya, anda akan dapati lantai kereta anda akan dipenuhi lipas yang sudah mati.