Pengiktirafan

GOLD MEDAL AWARD

Produk Spray CAMAY REPELLENT telah mendapat banyak pengiktirafan dengan mendapat kesemuan pingat emas (gold award) dalam semua pertandingan inovasi yang dimasuki termasuklah peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Antaranya termasuklah pertandingan INTERNATIONAL ENGINEERING INVENTION & INNOVATION EXHIBITION (I-ENVEX) yang berlangsung di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) pada 13-15 April 2018 dan INNOVATIVE RESEARCH, INVENTION AND APPICATION EXPO 2018 (I-RIA 2018) yang berlangsung di Universiti Utara Malaysia pada 6-7 May 2018.

Pada 2-4 Ogos 2018 produk spray serangga organik Camay Repellent turut memenangi pingat emas di Korea University Invention Association dalam pertandingan World Invention Creativity Olympic (WICO).

Selain itu, Camay Repellent turut memenangi pingat emas dalam pertandingan Innovation and Invention Competition through Exhibition (iCompex) yang diadakan selama dua hari bermula 19 hingga 21 Mac 2019 yang bertempat di Dewan Wawasan Jitra.,  produk ini bukan sahaja berjaya menggondol pingat emas, bahkan turut dinobatkan naib juara dalam kategori tersebut dengan membawa pulang wang tunai sebanyak RM500. Disamping itu, dalam pertandingan tersebut juga,produk Camay Repellent turut dipilih untuk memenangi salah satu 6 anugerah utama yang mana salah satunya adalah Anugerah Khas Inovasi Komersial dan turut membawa pulang wang tunai berjumlah RM1000.

Terbaru, tangga 16-18 April 2019, Camay Repellent sekali lagi dianugerahkan dengan pingat emas dalam pertandingan Sirim Invention, Innovation & Technology Expo(SI2TE) 2019 yang bertempat di Amrex Complex Kulim, Kedah.

Pihak juri sangat berminat dengan produk ini dan mendapat kepercayaan mereka sehingga menganugerahkan dengan pingat emas. Berikut merupakan sijil-sijil yang telah dimenangi oleh Camay Repellent dalam setiap pertandingan yang dimasuki.